Pages

Sunday, January 9, 2011

DiArY..

Ingat2 last ada diary, 15 thn dulu before ke UiTM. Dan, sebelum pergi..abih kubakar semua diary2 tu..maklumla rahsia sulit, terhad dan suka duka semua ada..bimbang dibaca oleh adik2 ku yg tgh nakal dan membesar seramai 8 org tu.
(..tp nyesal pulak..)

Hrmm, dan tahun ni rasa berkobar nak mempunyai diary balik, setengah org beranggapan blog dah umpama diary..but to me..diary is diary dan blog is blog. Tak semua benda buleh kita share, maybe ada yg ptt kita simpan utk sendiri2 saja.
Walau ada kebarangkalian diary boleh dicuri baca oleh org lain..old-fashion betul kan??

Teringat pulak zaman dolu2..kalau ada kisah suka duka, kisah sekecil2 hal atau sebesar2 perkara..semua kucatat dan  part yg paling seronok bila baca 2-3 tahun kemudian..geli hati terimbau dek kisah dolu2, nangis sbb ingat betapa bodoh keputusan yg diambil..dan time tu br tahu dan dok ngomel ngape buat gitu gini. Tp apa yg berlaku telah berlaku dan itulah yg menjadikan hidup ni menarik..

 So, azam thn baru 2011 ni pun, nak start balik diary and siapa tahu kalau panjang umur 10-20 thn lg bila baca diary lama byk kenangan yg boleh disingkap kembali.. :)


Cool jer diary ni ;p


Wednesday, January 5, 2011

The Wedding Game


Poster filem dan pelakon2

     Hrmm, ada masa sket ni..nak komen pasal filem ni. Asalnya dok tukar2 channel, terlekat pd channel 322 utk tgk citer ni, masa tu dah 15 minit berlalu. Tp rasa terlekat nak tgk, hrmm..walau citer ni dah lama sket tp rasa enjoy sgt :)

     Citer ni kelakar apabila 2 org artis ni berlakon utk kahwin dlm filem ni..terpaksa hidup bersama dlm 1 rumah dan kemudiannya saling jatuh cinta (...scene mcm ni dah byk kat pasaran sebenarnya) tp apa yg lainnya adalah apabila melibatkan isu kekeluargaan, kejujuran dan berterus terang. Dan pastinya, part yg sedih digarap sempurna..

     Usahasama antara Malaysia dan Singapura ni mmg awesome. Adanya Apek dan Syanie dan budaya masyarakat baba nyonya, melayu, india dan cina di Melaka memberi kelebihan utk filem ini. Secara tak langsung, walau review dlm internet biasa2 saja, tp bgku..filem ini mmg bagus utk ditonton..

SELAMAT TAHUN BARU

Agak lama tidak menulis, busy dgn keje, urusan rumah tangga dll urusan. Dan antara sedar dgn tidak, tahun 2011 kini telah memasuki hari keenam. Waahhh, cepatnya masa berlalu.

Alhamdulillah, tiada ungkapan yg paling sesuai selain dr rasa syukur kerana masih lg bernyawa..dpt bersama suami dan keluarga, dpt bekerja memberi khidmat bakti dan terus diberi peluang utk menghadapi hari2 mendatang dgn pelbg pengalaman pahit manis. Hehehehe..ayat2 sastera dah kuar.

Dan alhamdulillah sekali lagi, apabila permulaan tahun baru, lulus dalam CPD Aras IV. Hrmm, gembira sbb usahaku berbaloi dan tanpa sokongan suami serta pegawai atasanku, mana mungkin aku berjaya..thanks. Semoga kerjayaku terus cemerlang dan gemilang :).