Pages

Sunday, October 20, 2013

SENYUM :) ITU SATU SEDEKAH

Sumber gambar dari : www.bidadarikecil.com
Assalamualaikum..

Hari ni kenapa saya bercakap mengenai SEDEKAH dengan SENYUMAN??

Sebab sedekah ini bukanlah sekadar wang ringgit. Saya bekerja dengan orang ramai yang rata-ratanya adalah pesakit yang memerlukan bantuan. Sebenarnya agak sukar untuk senyum apabila kita mendengar cerita yang sedih mengenai penyakit dan keluarga pesakit. Apabila seseorang diuji dengan sakit, hilang pekerjaan menyebabkan hilangnya sumber pendapatan dan ada yang hilang keluarga kerana ditinggalkan akibat sakit..mampukah kita tersenyum? Bagaimana pula di saat kita bertemu pesakit yang pembengis dan jenis yang tidak mahu bekerjasama, masihkah kita mampu senyum?

Sebenarnya apabila kita berada di situasi seperti di atas, sebenarnya agak sukar untuk kita senyum. Tetapi sebagai seorang medical social worker, saya kena profesional..apabila mendengar kita perlu empati terhadap permasalahan pesakit. Saya juga perlu sabar menghadapi pelbagai karenah yang kadangkala menguji perasaan sendiri. Ianya tidak semudah yang disangka..kerana kita juga manusia biasa..

Tetapi, senyum itu banyak memainkan peranan, apabila pesakit bertemu dengan kita..senyum itu mungkin mampu meredakan sedikit rasa sakit..mereka perlukan bantuan mungkin bukan kewangan tetapi sekadar meluahkan apa yang terbuku jauh di sudut hati..
Bagi pesakit yang marah2 dan enggan bekerjasama..senyumlah juga walaupun kelat. Usah kita bertikam lidah, mereka kan sakit..mereka perlu dibantu, mungkin dengan menahan sabar mereka akan sedar bahawa kita bukanlah orang patut dimarah, nanti mereka akan malu sendiri..dan mula bekerjasama dan bercakap seperti biasa. Pokok pangkalnya, senyumlah kerana Allah SWT, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. :)

P.E.A.C.E

Wednesday, October 16, 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Lama betul tidak menulis di laman blog..maafkanlah diri sendiri yang lebih banyak malas dari rajin. Tapi insya-Allah mulai sekarang saya akan merajinkan diri..(ermm, harap2la..)

Khabar terbaru saya?? Alhamdulillah banyak yang telah berlaku tahun ini..

1. Telahpun bergraduasi pada 13 April 2013
..Alhamdulillah saya dapat menghabiskan Master Social Work dengan jayanya :) Berkat doa keluarga dan rakan2 semua..segala penat jerih berbaloi..bukan mudah untuk berjaya, ditambah pula belajar di usia 30an. Bukan mudah untuk berjauhan dengan keluarga, tatkala sudah mempunyai tanggungjawab sebagai isteri. Tapi hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih :)

2. Melengkapkan journey menakluk seluruh negeri di Malaysia
Yup, pada tahun ini..akhirnya sampai juga saya ke Kuching, Sarawak. Kiranya inilah negeri yang melengkapkan perjalanan saya di Malaysia. Hadiah ini merupakan hadiah kepada diri sendiri, setelah tamat belajar. Hrmm, journey ala-ala honeymoon dengan hubby..dan yang paling manis apabila berpeluang "Jejak Kasih" bersama family angkat hubby masa dia blaja dekat ITM tahun 90-an dulu. Alhamdulillah..kedua abah dan mak angkat hubby masih sihat walafiat , semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua. (..cerita di Kuching nanti di lain update okey..)

3. Kembali bertugas 
Bermula bulan Mac tahun ni, saya dah kembali bertugas..cuti setahun setengah telahpun berakhir pada bulan Februari. Hrmm, kekok betul rasanya untuk kembali bekerja..serba serbi rasa macam ketinggalan. Pada bulan Julai, bos telah buat perubahan besar2an..saya dan Hairy telah ditugaskan menguruskan disiplin Kardiologi, Surgeri & Neuro-Surgeri. Dushhh, banyak benda baru nak kena blaja, term2 medikal..adoii, pening lalat jugak nak membiasakan diri. Tapi itulah cabarannya..tiada benda senang kat atas dunia ni..semuanya nak kena usaha, so, rajin2kanlah Yuzi oii..banyakkan membaca dan bertanya.

Citer2 lain..tunggulah time saya rajin..insya-Allah azam hujung tahun saya nak rajin..rajin dan rajin..doakan saya..

P.E.A.C.E

Saturday, December 8, 2012

aLmOsT FiNiSh

     Yer..yer..tahu, lama sangat tak update blog kan. Mmg saja..sbb malas nak menulis..malas nak share walau byk benda yang menarik berlaku. Tapi hari ni..tak tau mengapa jadi rajin..maybe tinggal 2 minggu jer lagi seblm submit thesis..dan yang paling malas tinggal tak sampai 3 bulan dah nak kena start keje balik.
     Seriously, sedar tak sedar dah setahun lebih cuti belajar. Sepanjang jadi student ni..banyak perkara positif berlaku ke atas diriku. Banyak perkara yang mematangkan hidupku..banyak melihat sesuatu dari perspektif yang lain..banyak ilmu yang ku tambah dalam otak juga. Hrmm..yang seronoknya banyak suka dari yang duka..
     Saya tahu..saya bukanlah jenis yg "plan"..nanti nak buat itu nak buat ini..nak capai itu,nak beli itu ini..bla bla..semuanya berlaku tanpa dijangka. Tiba-tiba tergerak hati nak blaja, tiba-tiba berkenan beli jer..gitu jer..tapi alhamdulillah..semuanya baik-baik sahaja. Cuma saya selalu berdoa agar diberi kebahagiaan, diberi kesihatan, diberi kemudahan dan semoga ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan pun sama.
 Ntah apa-apa la yang saya tulis kan..

Saya yang semakin bulat gote :)

Wednesday, December 28, 2011

N.E.W Y.E.A.R E.V.E

Seriously kejap jer masa berlalu ..lg 2 hari dah tahun 2012. 
Yang pasti status ku berubah kepada student dan berada jauh dr suami..KB~Penang

Tahun depan jugak..11hb Januari start final exam..pheww, buku x baca lg
..meme risau capur debar, sbb ore pemalas dia akan debar last minute..ngeh..ngeh..

Familyku juga bakal menerima 2 ahli baru tahun depan..insya-Allah =)
Teman hidup kepada adik lelakiku Muhd Yuzam Kamal dan adik perempuanku A'fifah..
Semoga semuanya berjalan lancar..dan adik2ku berbahagia.
Adik bongsuku Syafiqah juga membawa berita bahagia..mendpt 8A dlm PMR
..tahniah dik, pastinya bukan mudah kerana memerlukan usaha dan pengorbanan..

dan..KEPADA SEMUA,
S.E.L.A.M.A.T T.A.H.U.N B.A.R.U
semoga kita semua mendapat rahmat dr Allah SWT dan P.E.A.C.E




Friday, September 9, 2011

NeW jOuRnEy

Assalamualaikum..

Lama betul x update blog ni, nak kata sibuk tdk juga tp bergantung pada mood.
Berita terkini mengenaiku..kembali bergelar pelajar..
perasaan tentulah GEMBIRA,tdk sangka sejauh ini pencarian ilmu,
ingatkan setakat diploma jer dulu.
SEDIH pon ader sbb berjauhan dgn suami selama sethn setgh.
Tapi, alhamdulillah dgn restu suami dan bantuan kewangan dr suami..
dpt ku menjejaki kaki di sini ^_^
Terima kasih sayang..pengorbanan dan sokongan yg diberi takkan dipersiakan.
DEBAR pon ader juga..manakan tdk, risau otak x cergas utk memahami apa yg diajar,
RISAU juga result nnt x mencapai apa yg diingikan.
So, macam2 perasaan ada..semuanyabercampur baur..apapun wish me luck..

Sunday, January 9, 2011

DiArY..

Ingat2 last ada diary, 15 thn dulu before ke UiTM. Dan, sebelum pergi..abih kubakar semua diary2 tu..maklumla rahsia sulit, terhad dan suka duka semua ada..bimbang dibaca oleh adik2 ku yg tgh nakal dan membesar seramai 8 org tu.
(..tp nyesal pulak..)

Hrmm, dan tahun ni rasa berkobar nak mempunyai diary balik, setengah org beranggapan blog dah umpama diary..but to me..diary is diary dan blog is blog. Tak semua benda buleh kita share, maybe ada yg ptt kita simpan utk sendiri2 saja.
Walau ada kebarangkalian diary boleh dicuri baca oleh org lain..old-fashion betul kan??

Teringat pulak zaman dolu2..kalau ada kisah suka duka, kisah sekecil2 hal atau sebesar2 perkara..semua kucatat dan  part yg paling seronok bila baca 2-3 tahun kemudian..geli hati terimbau dek kisah dolu2, nangis sbb ingat betapa bodoh keputusan yg diambil..dan time tu br tahu dan dok ngomel ngape buat gitu gini. Tp apa yg berlaku telah berlaku dan itulah yg menjadikan hidup ni menarik..

 So, azam thn baru 2011 ni pun, nak start balik diary and siapa tahu kalau panjang umur 10-20 thn lg bila baca diary lama byk kenangan yg boleh disingkap kembali.. :)


Cool jer diary ni ;p


Wednesday, January 5, 2011

The Wedding Game


Poster filem dan pelakon2

     Hrmm, ada masa sket ni..nak komen pasal filem ni. Asalnya dok tukar2 channel, terlekat pd channel 322 utk tgk citer ni, masa tu dah 15 minit berlalu. Tp rasa terlekat nak tgk, hrmm..walau citer ni dah lama sket tp rasa enjoy sgt :)

     Citer ni kelakar apabila 2 org artis ni berlakon utk kahwin dlm filem ni..terpaksa hidup bersama dlm 1 rumah dan kemudiannya saling jatuh cinta (...scene mcm ni dah byk kat pasaran sebenarnya) tp apa yg lainnya adalah apabila melibatkan isu kekeluargaan, kejujuran dan berterus terang. Dan pastinya, part yg sedih digarap sempurna..

     Usahasama antara Malaysia dan Singapura ni mmg awesome. Adanya Apek dan Syanie dan budaya masyarakat baba nyonya, melayu, india dan cina di Melaka memberi kelebihan utk filem ini. Secara tak langsung, walau review dlm internet biasa2 saja, tp bgku..filem ini mmg bagus utk ditonton..