Pages

Monday, October 4, 2010

RiNdU..

Lama tul x update blog ni..nak kata sibuk x de la sibuk mana..Hrmm, sedar x sedar dah hampir penghujung Syawal..suasana raya masih lagi terasa mungkin sbb sana sini Unit/ Jabatan buat pejabat terbuka. Dan aku, cuba tuk makan seala kadar yg boleh..tp ni pun rasa cam dah kembang kembali..hehehehe.
 
Hujung minggu baru2 ni, bila balik ke rumah abah, kugagahi untuk naik ke rumah mok. Tak tahu kenapa setiap kali berada di rumah mok, masih lagi rasa sebak..masih lagi teringat tpt mok suka baring2. Tapi kugagahi masuk ke bilik dan membuka almari..kucium baju dan kain2nya..gembiranya..baunya masih ada..ya bau yg amat kurindui..apabila kucium pipi atau kupeluk..bau itu..sesungguhnya amat kurindu, terfikir juga sampai bila bau itu akan bertahan di kain baju mok..sampai bila dapat kucium jika rindukan mok. Kata adik bongsuku, ayah long bau badannya spt bau mok..mungkin sbb minyak atar sama jenis dan perilaku ayah long byk ikut mok.
Aku adalah cucu ketiga..dipangkuan mok


Ni pulak seblm mok g Mekah
 Al-Fatihah utk arwah mok dan juga Wan..kedua-duanya akan aku rindui sampai hayat dikandung badan.

Friday, September 17, 2010

MaSaK-MaSaK..

Test rempah BBQ~resipi Cik Su P.Puteh
Ni pulak rendang daging~Resipi Liza
Tadaaa..akhirnya inilah hasilnya
Rebus nasi himpit kedai jew..
3 hari cuti ni..rasa rajin pulak nak buat sesi try and error..pertamanya nak cuba buat rempah BBQ..semangat la mencari bahan2 sejak dr bulan puasa lagi..hehehe, lastly selepas seminggu raya baru jadi. Alhamdulillah percubaan pertama walau terlebih sudaaa lada kering dan kunyit..tapi rasanya mmg not bad.
Then..alang2 ada bahan lebih dan cuma g carik daging dan daun kunyit..semangat pulak nak buat rendang. So berbekalkan resipi Liza..i try masak rendang. Huh, sebelum masuk santan bau dia dah cam rendang bila kumasuk santan..alamak terlebih jugak..punya la jenuh nak menunggu pecah minyak..dan hampir rasa cam x menjadi..tunggu punya tunggu..alhamdulillah akhirnya menjadi, rasa dia..hrmm kalau suamiku kata ok..or bolehla..maknanya ok la tu. Kalau x ok mesti dah byk komen2 yg kuar dr mulut dia..waa..hepi-hepi.
Kenapa tiba2 rasa semangat belajar?..sbb baru2 ni teringin nak makan pecal masakan arwah Wan..rasa rugi tak belajar..sekrg ni merindu gitulah jer..lepas tu teringin nak makan masakan arwah mok..Sebab tu rasa nak belajar masak begitu membuak2..nnt nak belajar masak nasi dagang ngan mertua..lepas tu belajar masakan umi pulak..supaya bila mereka tiada..jika rindu masakan mereka..boleh masak sendiri..ada versi umi dan ma. Walau kuakui dah byk yg ku tahu..tp rasanya masih x sama mcm mereka..betullah kata org masakan air tangan ibu yg paling best kat dunia. So, rajin2 la turun dapur dan belajar masak (...nasihat utk diri sendiri jugak ni!).

Tuesday, September 14, 2010

RaYa oH RaYa..


 Hrmm, rasanya inilah kali pertama raya terpendek yg aku lalui. Hanya 3 hari..sehari sebelum raya still keje dan raya ke-4 dah start keje. Gara2 adik2ku masing2 yg x dpt cuti panjang dan saudara mara yg lain sudah x de kat kg menyebabkan mood raya ilang. Kalau mereka semua still ada, rasanya sampai ke hari ni still cuti lagi.

wif Hubby


Abah dan Umi

9 adik beradikku kecuali si kecik tu..

 
 

Saturday, September 11, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Malam ni di hari kedua raya baru berpeluang untuk menulis. Kelmarin raya di rumah mertua dan cam biasa..di kampung mertua adat kunjung mengunjung penduduk kampung masih lagi menebal di sini. Cuma tahun ini, budak-budak yang datang berkumpulan sudah berkurangan. Mungkin masing-masing sudah besar dan mempunyai agenda tersendiri. Cuma sudah menjadi kebiasaan umi dan abah akan berkunjung di sini untuk beraya bersama. Dan mulai tahun ini, destinasi baru selepas rumah mertuaku adalah ke rumah Mat iaitu ahli keluarga baru kami.
Raya kedua..raya di rumah umi dan abah..biasanya akan kukucup tangan "mok"..namun pemergiannya pada tahun ini..ternyata membuatkan rumah ini agak suram. Malah sesiapapun akan teringat mok yang suka menjenguk dari atas rumah dan bertegur sapa dgn tetamu yg datang. Al-Fatihah..

Friday, September 3, 2010

SaLaM pErKeNaLaN..

Assalamualaikum..1st time menulis diblog..rasa cam kekok..tp disbbkan adikku Syafiqah yg suruh kakak dia ikut trend..so, this is my blog. Thanks Adik :) Sengaja bermula di bulan Ramadhan yang mulia..semoga blog ini menjadi tempat untuk kita berkongsi ilmu..suka duka dan apa jua yang membawa kebaikan. Tak banyak yg dpt ditulis, memandangkan di minggu terakhir Ramadhan..sibuk dengan persiapan dan kerja yang perlu diselesaikan sebelum menjelangnya Syawal. Salam perkenalan dan salam Ramadhan..