Pages

Saturday, September 11, 2010

SeLaMaT HaRi RaYa

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Malam ni di hari kedua raya baru berpeluang untuk menulis. Kelmarin raya di rumah mertua dan cam biasa..di kampung mertua adat kunjung mengunjung penduduk kampung masih lagi menebal di sini. Cuma tahun ini, budak-budak yang datang berkumpulan sudah berkurangan. Mungkin masing-masing sudah besar dan mempunyai agenda tersendiri. Cuma sudah menjadi kebiasaan umi dan abah akan berkunjung di sini untuk beraya bersama. Dan mulai tahun ini, destinasi baru selepas rumah mertuaku adalah ke rumah Mat iaitu ahli keluarga baru kami.
Raya kedua..raya di rumah umi dan abah..biasanya akan kukucup tangan "mok"..namun pemergiannya pada tahun ini..ternyata membuatkan rumah ini agak suram. Malah sesiapapun akan teringat mok yang suka menjenguk dari atas rumah dan bertegur sapa dgn tetamu yg datang. Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment