Pages

Sunday, October 20, 2013

SENYUM :) ITU SATU SEDEKAH

Sumber gambar dari : www.bidadarikecil.com
Assalamualaikum..

Hari ni kenapa saya bercakap mengenai SEDEKAH dengan SENYUMAN??

Sebab sedekah ini bukanlah sekadar wang ringgit. Saya bekerja dengan orang ramai yang rata-ratanya adalah pesakit yang memerlukan bantuan. Sebenarnya agak sukar untuk senyum apabila kita mendengar cerita yang sedih mengenai penyakit dan keluarga pesakit. Apabila seseorang diuji dengan sakit, hilang pekerjaan menyebabkan hilangnya sumber pendapatan dan ada yang hilang keluarga kerana ditinggalkan akibat sakit..mampukah kita tersenyum? Bagaimana pula di saat kita bertemu pesakit yang pembengis dan jenis yang tidak mahu bekerjasama, masihkah kita mampu senyum?

Sebenarnya apabila kita berada di situasi seperti di atas, sebenarnya agak sukar untuk kita senyum. Tetapi sebagai seorang medical social worker, saya kena profesional..apabila mendengar kita perlu empati terhadap permasalahan pesakit. Saya juga perlu sabar menghadapi pelbagai karenah yang kadangkala menguji perasaan sendiri. Ianya tidak semudah yang disangka..kerana kita juga manusia biasa..

Tetapi, senyum itu banyak memainkan peranan, apabila pesakit bertemu dengan kita..senyum itu mungkin mampu meredakan sedikit rasa sakit..mereka perlukan bantuan mungkin bukan kewangan tetapi sekadar meluahkan apa yang terbuku jauh di sudut hati..
Bagi pesakit yang marah2 dan enggan bekerjasama..senyumlah juga walaupun kelat. Usah kita bertikam lidah, mereka kan sakit..mereka perlu dibantu, mungkin dengan menahan sabar mereka akan sedar bahawa kita bukanlah orang patut dimarah, nanti mereka akan malu sendiri..dan mula bekerjasama dan bercakap seperti biasa. Pokok pangkalnya, senyumlah kerana Allah SWT, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. :)

P.E.A.C.E

No comments:

Post a Comment