Pages

Wednesday, October 16, 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..

Lama betul tidak menulis di laman blog..maafkanlah diri sendiri yang lebih banyak malas dari rajin. Tapi insya-Allah mulai sekarang saya akan merajinkan diri..(ermm, harap2la..)

Khabar terbaru saya?? Alhamdulillah banyak yang telah berlaku tahun ini..

1. Telahpun bergraduasi pada 13 April 2013
..Alhamdulillah saya dapat menghabiskan Master Social Work dengan jayanya :) Berkat doa keluarga dan rakan2 semua..segala penat jerih berbaloi..bukan mudah untuk berjaya, ditambah pula belajar di usia 30an. Bukan mudah untuk berjauhan dengan keluarga, tatkala sudah mempunyai tanggungjawab sebagai isteri. Tapi hendak 1000 daya tak hendak 1000 dalih :)

2. Melengkapkan journey menakluk seluruh negeri di Malaysia
Yup, pada tahun ini..akhirnya sampai juga saya ke Kuching, Sarawak. Kiranya inilah negeri yang melengkapkan perjalanan saya di Malaysia. Hadiah ini merupakan hadiah kepada diri sendiri, setelah tamat belajar. Hrmm, journey ala-ala honeymoon dengan hubby..dan yang paling manis apabila berpeluang "Jejak Kasih" bersama family angkat hubby masa dia blaja dekat ITM tahun 90-an dulu. Alhamdulillah..kedua abah dan mak angkat hubby masih sihat walafiat , semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mereka berdua. (..cerita di Kuching nanti di lain update okey..)

3. Kembali bertugas 
Bermula bulan Mac tahun ni, saya dah kembali bertugas..cuti setahun setengah telahpun berakhir pada bulan Februari. Hrmm, kekok betul rasanya untuk kembali bekerja..serba serbi rasa macam ketinggalan. Pada bulan Julai, bos telah buat perubahan besar2an..saya dan Hairy telah ditugaskan menguruskan disiplin Kardiologi, Surgeri & Neuro-Surgeri. Dushhh, banyak benda baru nak kena blaja, term2 medikal..adoii, pening lalat jugak nak membiasakan diri. Tapi itulah cabarannya..tiada benda senang kat atas dunia ni..semuanya nak kena usaha, so, rajin2kanlah Yuzi oii..banyakkan membaca dan bertanya.

Citer2 lain..tunggulah time saya rajin..insya-Allah azam hujung tahun saya nak rajin..rajin dan rajin..doakan saya..

P.E.A.C.E

No comments:

Post a Comment